Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentul entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama, Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
1.2 INTEGRASI NASIONAL
Cara paling berkesan untuk tangani isu integrasi nasional adalah melalui peranan guru di sekolah.
Integrasi nasional: Proses penyatuan antara manusia yang berbeza laar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk suatu entiti yang mempunyai pegangan bersama.
Integrasi nasional (konteks dalam Malaysia): Proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
- Selepas merdeka, masalah perkauman menjadi isu yang serius seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001.
- Wujud prasangka dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik lain.
- Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral, hidup secara demokratik dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
- Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat petriotisme dalam kalangan rakyat.
- Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka dasar-dasar untuk mengurangkan tindak-tanduk yang boleh memecahbelahkan rakyat o Dasar Pendidikan Kebangsaan o Dasar Kebudayaan Kebangsaan o Dasar Ekonomi Baru (DEB) o Rukun Negara (ideologi kebangsaan)
PIPP teras pertama > Membina negara bangsa Isu-isu yang berkaitan perpaduan dan integrasi nasional:
- Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi kepada kaum lain.
- Kurangnya toleransi dan sensitiviti terhadap kaum lain.
- Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
- Peningkatan kes-kes gejala sosial yang menjejaskan proses integrasi.
* Jangan biarkan sejarah berulang kembali *
TOPIK SETERUSNYA :