Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
Antara faedah yang boleh diperolehi daripada Teknologi maklumat dan Komunikasi ialah :
- Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
- Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
- Memperkembangkan kemahiran aras tinggu seperti kolborasi di mana-mana shaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran, Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) :
- Suasana lebih kondusif
- Mudah hasilkan bahan
- Kepelbagaian media
- Maklumat pelbagai
3 Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat :
- Berfungsi untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
- Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
- Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Perubahan Teknologi Maklumat:
- Kuasa penggerak
- Pelaksanaan
- Pemudahan bertindak
- Kaedah perubahan
- Permulaan perubahan
Implikasi TMK Dalam Pendidikan :
- Penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.
- Menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.
- Mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.
- Kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.
Komputer Dalam Pendidikan :
- Pendidikan jarak Jauh
- Reformasi dalam pendidikan
- Mudah beri maklumbalas
- Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
- Alat komunikasi
- Memudahkan pemahaman