Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan balasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk menwujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.
1.7.1 Definisi
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan salingberkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebihmemberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidakterkecuali. Globalisasi merupakan suatu proses menyingkirkan batasan atau sekatankerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi duniayang terbuka dan tanpa sempadan, Scholte (2000). Dalam konteks ini, globalisasi menuntut semua negara dan penduduk beradapada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, status dan latarbelakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang.
1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut :
- Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa
- Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarikan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan
- Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaan.
- Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
- Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
- Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
- Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
- Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
TOPIK SETERUSNYA : 1.8 KEPELBAGAIAN BUDAYA