Dewey (1996) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratizion of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.
1.5.1 Definisi
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.
Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.
Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.
1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan
Antara cabaran yang dihadapi dalam Penemokrasian Pendidikan ialah daripada sudut cabaran kewangan dan kemudahan pengendalian dalam melaksakan pendemokrasian terhadap pelajar luar bandar dan bandar tanpa mengira dari aspek geografi untuk mengelakkan wujudnya jurang pendidikan yang terlalu tinggi. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan bajet yang tinggi untuk satu projek bagi membuat satu kemudahan infrastuktur seperti menyediakan lebih banyak banggunan agar murid-murid lebih selsesa belajar.
Selain daripada itu, faktor geografi juga menyumbang kepada kurangnya kemasukan tenaga pengajar yang mahir ke kawasan pendalaman terutamanya guru wanita. nyawa acapkali melunturkan semangat para guru terutamanya guru-guru baru terus mengajar di pendalaman. Masalah kesukaran dalam mencari makanan semakin melunturkan semangat guru untuk mengajar di dalam “hutan belantara” dan lebih memilih bandar yang di hujani dengan banggunan pencakar langit dipenuhi pelbagai kemudahan. Justeru itu, penghasilan guru yang mempunyai komitmen tinggi serta semangat sedia menghadapi pelbagai cabaran perlulah dilakukan agar tenaga pengajar mahir mampu dihantar di sekolah pendalaman.
Cabaran yang seterusnya dalam perlakasanaan pendemokrasian pendidikan ialah tahap kesedaran ibu bapa pelajar sendiri terhadap pendidikan. Kebanyakkannya, pelajar yang lahir daripada keluarga yang berteraf sosial tinggi mempunyai pengetahuan serta kesedaran yang lebih tinggi terhadap pelajaran berbanding ibu bapa yang mempunyai taraf sosial yang rendah. Selain itu juga, guru akan menjadi pesalah tegar sekiranya gagal untuk memberi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Sekiranya keadaan ini berterusan nescaya demokrasi pendidikan sukar untuk di laksanakan. Oleh yang demikian, pentingnya penerapan kepentingan ilmu kepada ibu bapa agar mereka memberi perhatian lebih terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Sistem kuota juga menjadi cabaran dalam melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan. Di negara Malaysia kebiasaanya akan meletakkan kuota dalam menyekat peratus kemasukan samada kuota kemasukan ke IPTA atau pemilihan kemasukan ke dalam Sektor Perkhidamatan Awam. Kewujudan sistem kuota ini secara tidak lansung akan menyekat pendemokrasian terhadap hak sama rata serta peluang dalam mendapatkan perkhidmatan pendidikan bermutu. Selain daripada itu, untuk mengelakkan IPTA dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera menjadikan peranan kuota pemilihan ini sangat penting untuk terus mengangkat dan menjulang kaum bumi putera agar mampu menjadi pelapis negara yang berguna.