Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
• Pelaksaan sisten pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah
• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza
• Mengasimilasi nilai-nilai dari yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam mata pelajaran
• Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.
• Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
1.4.4 .1 Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
• Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
• Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
• Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
• Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
1.4.4.2 Konsep 1Malaysia
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
1) Ketabahan : Manusia yang mempunyai ketabahan yang tinggi dan kesungguhan abadi, tentu akan menjadi seorang manusia yang berjaya kelak. namun ketabahan ini perlu diselaraskan dengan jiwa yang murni dan ikhlas.
2) Penerimaan : Sesungguhnya manusia yang menerima mempunyai keberuntungan lebih dari mereka yang mengamalkan pemberian. Oleh yang demikian, jadilah manusia yang mampu dan mahu menerima ape sahaja ketentuan sama ada ianyan suka mahupon duka.
3) Pendidikan : Pendekatan penambaikan dalam sistem pendidikan menjurus kepada penaik tarafan sistem dan pembentukan prasarana pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa.
4) Integriti : Integriti yang wujud dalam masyarakat terutama mereka yang bergelar pemimpin dan pekerja amatlah perlu dihalusi bagi mewujudkan suasana keberkesanan dalam perlaksanaan tatacara perkhidmatan yang lebih bermutu.
5) Meritokrasi : Sistem yang sekian lama mewujudkan sedikit ketidak puasan kepada masyarakat bukan bumiputera dan ia perlu di kaji dan dihalusi semula bagi memperseimbangkan hak-hak antara masyarakat malaysia dibawah gagasan baru ini.
6) Rendah Hati : Perlu di amalkan dimana juga, tak kira masa, tempat dan keadaanya. Agama Islam dan intipatinya menggalakkan masyarakat di muka bumi ini supaya merendah diri dan merendah hati dalam ape jua situasi.
7) Kesetiaan : Kesetiaan antara kawan dan lawan perlu diwujudkan bagi memperkasakan satu gagasan masyarakat yang memperjuangkan agama, nusa dan bangsa.
8) Budaya Kecemerlangan : Melalui cara dan pendekatan "KPI" iaitu key performance indicator, ia sedikit sebanyak meningkat kan daya mutu kerja perkhidmatan awan dan swasta bagi membantu kerajaan dan negara bergerak ke depan setanding negara-negara maju.